• Sunday, 20 June 2021, 9:12 am

BP Jaguh Rider konvoi lunaskan kebajikan

 BP Jaguh Rider konvoi lunaskan kebajikan

Oleh Iqhram Ahmad

BATU PAHAT, 11 Feb: Kelab motorsikal ditubuhkan bukan sahaja untuk aktiviti konvoi dalam lingkungan domestik malah jarak jauh sehingga ke negara jiran. Bila ada bajet lebih, mereka ride melepasi sempadan utara. Jika bajet dan masa tidak mengizinkan, Langkawi atau jelajah dalam negara pun sudah memadai.

Pada masa sama, kelab motosikal semakin cenderung melunaskan aktriviti amal dan kebajikan sepanjang jelajah mereka dengan membantu komuniti yang memerlukan.

Pengerusi Batu Pahat Jaguh Rider, Hairaddin Masran, 64, berkata kelab berkenaan bukan sahaja melakukan aktiviti konvoi malah turut melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Pengerusi Batu Pahat Jaguh Rider, Hairaddin Masran

“Sepanjang empat tahun kelab ini ditubuhkan, kami telah melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti membantu sekolah-sekolah tahfiz dan mangsa banjir.

“Setiap kali ada bencana seperti banjir di Johor, kami akan cuba sedaya-upaya untuk ke sana dan bantu apa yang boleh,” katanya kepada Wacana.my.

Hairaddin berkata, kelab yang diwujudkan bersama empat rakannya pada 2016 itu kini mempunyai puluhan ahli yang aktif di seluruh Johor berusia antara 20-an hingga 60-an.

Kelabnya turut bergabung dengan dua kelab motorsikal Jaguh lain di Kota Tinggi dan Pasir Gudang.

“Bagi meningkatkan keakraban ahli, kami turut menyambut hari jadi ahli setiap tahun, dan ini membuatkan kami rasa seperti keluarga,” katanya.

Pada pandangan Hairaddin, penubuhan kelab ini turut memupuk sikap ahli sentiasa tolong menolong dan bersatu walaupun ada perbezaan umur mahupun latar belakang sosial masing-masing.

Akibat pandemik COVID-19, pelbagai aktiviti untuk 2020 dan 2021 tidak dapat dilaksanakan. Ini berbeza dengan berkonvoi sebulan sekali sebelum pandemik itu.

“Kebiasaannya, lima orang sudah cukup untuk melakukan konvoi ini tetapi kalau lagi ramai ia lagi seronok dan meriah,” katanya.

Hairaddin menegaskan, setiap ahli perlu mengamalkan disiplin, keselamatan serta etika yang tinggi ketika menunggang motorsikal apa tah lagi ketika melakukan konvoi.

 

“Disiplin dan etika yang diamalkan adalah demi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Kami akan mengingati sesama sendiri untuk mengawasi had laju ketika menunggang dan tidak membahayakan orang lain,” katanya.

Ketika konvoi, mereka biasanya akan berhenti di R&R utama di sepanjang lebuh raya untuk mengisi minyak, berehat selain untuk menunaikan solat,” katanya.

Menurut beliau, konvoi paling jauh dilakukan team Batu Pahat Jaguh Rider setakat ini ialah dari Johor ke Thailand.

“Konvoi kami sampai ke Hatyai dan Phuket. Jarak perjalanan ini kira-kira 900 kilometer sehala dan mengambil masa lima hari,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, team konvoi itu akan disokong oleh dua trak pikap (4×4) sebagai ‘Marshall’ dan membantu penunggang jika ada sebarang masalah seperti kerosakan jentera.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *