Bottas menang, Hamilton dipintas Verstappen

 Bottas menang, Hamilton dipintas Verstappen

Hamilton ketinggalan enam mata di belakang Verstappen. FOTO Ihsan Mercedes AMG F1

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Lewis Hamilton beberapa kali tidak mengendahkan arahan pasukan Mercedes supaya masuk ke hentian pit menukar tayar selepas menyedari tidak berupaya menaiki podium atau menang pada Grand Prix Turki, semalam.

Perlumbaan itu dimenangi oleh rakan sepasukannya, Valtteri Bottas dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat dan ketiga podium milik Sergio Perez (Red Bull).

Hamilton yang berlepas daripada petak ke-11 tetapi berada di tempat ke-4 ketika perlumbaan berbaki 15 pusingan dan melihat pencabar gelaran kejuaraan pemandu Max Verstappen berada di hadapannya.

Max, pemandu Belanda masuk ke pit untuk menukar tayar ‘intermediate’ untuk terus berlumba di litar yang agak lembap dengan Hamilton yang enggan menukar tayar yang haus sebaliknya terus mencabar pecutan Red Bull.

Dalam keadaan seperti itu maka tidak hairan Hamilton menolak arahan pasukan untuk masuk ke hentian pit. Dia turut mempersoalkan arahan itu berisiko dan tidak berisiko”.

Dia yakin tayarnya mampu bertahan lebih lama untuk mengejar kedudukan podium.

“Jika saya terus memecut dan tidak masuk ke pit, kita tidak tahu sama ada mendapat kedudukan tetapi saya jenis mengambil risiko jadi saya mahu mengambil risiko itu.

“Sukar untuk memberikan sesuatu apabila tidak mendapat gambaran sebenar secara keseluruhan.”

Mercedes bagaimanapun membiarkan dia mengikut kehendaknya untuk seketika tetapi memintanya masuk menukar tayar.

Pemandu Britain itu akhirnya menamatkan saingan di tempat kelima dengan ketinggalan  enam mata kepada Verstappen yang kini mendahului kejuaraan dengan berbaki enam pusingan untuk ditamatkan.

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *