“Botman” Segamat bantu mangsa terkandas

 “Botman” Segamat bantu mangsa terkandas

SEGAMAT: Pasukan “Botman” Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat kini dilaporkan berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi melakukan misi bantuan banjir di sini.

Menurut laporan pada jam lebih kurang 10.00 pagi tadi, pasukan “Botman” tiba ke Kampung Lubuk Lanjut Batu Anam bagi menyelamatkan empat keluarga yang terkandas.

Foto: Polis Daerah Segamat

Pasukan itu terdiri daripada pegawai kanan dan 14 anggota ditugaskan untuk melakukan rondaan ke lokasi banjir bagi memantau serta memastikan orang awam yang terkandas diselamatkan dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Difahamkan, setakat jam 11 pagi tadi sahaja sebanyak 27 (PPS) telah di buka dengan sebanyak 418 keluarga berjaya dipindahkan.

Seramai 1615 mangsa keseluruhan berada di (PPS).

Ekoran itu, pihak polis telah menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan aras air di kawasan perumahan masing-masing dan tidak leka dengan kenaikan paras air.

Sekiranya terkandas akibat kenaikan paras air sila berhubung terus dengan Pusat Kawalan Daerah IPD Segamat di no. 07-9324222 bagi mendapatkan bantuan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  8