Bongkah konkrit jatuh tiada kaitan pembinaan SUKE – Prolintas

 Bongkah konkrit jatuh tiada kaitan pembinaan SUKE – Prolintas

Kredit foto Facebook

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Bagaimanapun, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), kejadian itu tidak ada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Bongkah konkrit itu jatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan berkenaan. Kerja pengalihan dan pembersihan selesai kurang 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial insiden bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang kira-kira 7 pagi.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  3  =  12