Bomba selamat 9 pemancing terperangkap di kawasan lombong

 Bomba selamat 9 pemancing terperangkap di kawasan lombong

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dalam operasi menyelamatan pemancing yang terperangkap di kawasan lombong. Foto – Bomba Selangor

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Akibat terlalu leka memancing, sembilan pemancing terperangkap di kawasan lombong di Jalan Kampung Sungai Melur, Sepang, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.28 petang dan seramai enam anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, laluan masuk ke kawasan tersebut dinaiki air setinggi tiga meter di kawasan lombong berkenaan menyebabkan mangsa terperangkap.

“Pihak bomba dengan bantuan orang asli tiba ke lokasi mangsa terperangkap melalui akses berlainan dan mendapati semua mangsa selamat.

“Seramai sembilan mangsa dipercayai orang awam terdiri daripada enam lelaki dewasa, dua wanita dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

61  +    =  65