Bomba lawat kilang pemasangan bateri di Jenjarom setelah terima aduan penduduk

 Bomba lawat kilang pemasangan bateri di Jenjarom setelah terima aduan penduduk

JENJAROM, 20 Okt — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan lawatan ke atas syarikat pemasangan bateri solar, Federal Power Holdings Sdn Bhd susulan aduan yang dibuat penduduk yang menentang operasi kilang terbabit.

Ketua Bomba Zon 5 Selangor Selatan (Zon KLIA) PgKB II Muhammad Faisal Zainal Abidin berkata setelah penelitian dan tinjauan dibuat, pihaknya menyarankan agar pemilik kilang itu memantapkan lagi dari segi keselamatan kebakaran.

PgKB II Muhammad Faisal Zainal Abidin

“Lawatan kami pada hari ini berdasarkan satu aduan yang dimajukan kepada korporat Bomba.

“Jadi pada petang ini saya dan pegawai daripada zon saya bersama pemilik kilang telah melakukan pemantauan daripada segi keselamatan kebakaran dan pemilik kilang bersetuju untuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba untuk pada masa akan datang.

“Aduan itu berkenaan dengan sejarah kebakaran kilang ini dan highlight kemerbahayaan yang ada pada kilang ini.

“Dan apabila telah diberitahu dan diberi penerangan oleh pemilik kilang yang kilang ini hanya untuk pemasangan dan juga telah dilawati beberapa lawatan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar, saya rasa pada pihak kami saya titik beratkan pada keselamatan kebakaran sahaja.

“Saya harap pihak kilang dapat mempertingkatkan sistem keselamatan kebakaran pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan kilang yang terletak di Kampung Jenjarom hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Federal Power Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Hisham Abdul Wahab berkata beliau melahirkan penghargaan kepada Bomba yang hadir berdasarkan aduan yang diterima mereka.

“Terima kasih kepada pihak bomba di atas kehadiran lawatan ini yang aduannya dibuat oleh seorang penduduk.

“Tidak ada masalah, kami akan bekerjasama dan akur dengan saranan pihak bomba,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  45  =  51