Bom meletup, 4 orang disyaki maut

 Bom meletup, 4 orang disyaki maut

KABUL, 18 Nov — Dua letupan bom yang berlaku di barat Kabul Afghanistan pada Khamis telah mengakibatkan hampir empat orang awam terbunuh, manakala dua lagi cedera dalam insiden tragis berkenaan.

“Letupan pertama berlaku di kawasan kejiranan Dashti Barchi kira-kira 4 petang waktu tempatan, membunuh empat penumpang bas mini dan mencederakan dua yang lain,” kata Sayyed Ahmad kepada Xinhua.

Foto : AFP

Difahamkan, insiden letupan tersebut berlaku telah mengakibatkan sebuah bas mini turut musnah pada hari kejadian.

Memetik sumber Bernama, letupan kedua itu berlaku kira-kira 30 minit kemudian di kawasan Dehbori dan pasukan keselamatan Taliban telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.

Ekoran itu, dilaporkan masih belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  4  =