Boleh ke luar negara tanpa mohon My Travel Pass

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara kini tidak perlu lagi memohon My Travel Pass (MTP) apabila populasi dewasa di negara ini mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan data terkini yang diperoleh, beliau yakin kelonggaran tersebut akan diberikan tidak lama lagi.

“Apabila 90 peratus, program vaksinasi tercapai untuk dua dos, kita akan membenarkan rakyat keluar negara tanpa memohon My Travel Pass,” katanya pada program Wawancara Khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkandi saluran television tempatan pada Ahad.

Dalam pada itu katanya, keputusan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama.

Perdana Menteri juga percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

“Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus? Kita lihat apabila 80 peratus, banyak negeri yang peratusannya masih kecil.

“Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tidak mahu tinggalkan negeri yang masih kecil peratusan vaksin.

“Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus, kerana percaya setiap negeri sudah mencapai 80 peratus lebih,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4  +  6  =