BMW beri ruang SME bekal komponen

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR, 12 Jan 2022 – Industri tempatan memiliki peluang yang cerah untuk terbabit dalam pembekalan komponen-komponen kenderaan berelektrik (EV) di masa akan datang.

Ia berikutan pengeluar kereta Jerman, BMW Group menyatakan keputusan mereka agar pembuatan dan pengeluaran dalam masa depan model baharu kenderaan EV keluaran mereka di Malaysia.

Dato’ Seri merasmikan acara bertemakan Kelestarian dan Mobiliti Berelektrik dianjurkan BMW Group Malaysia di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia sebenarnya memberi peluang kepada SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk terbabit dalam rantaian ini.

“Pada ketika ini BMW sedang melihat pembinaan rantaian pembekal-pembekal tempatan kerana semua komponen yang dugunakan EV adalah material yang mapan.

“Jadi itupun kita perlu lihat keperluan, kesediaan kita untuk melihat komponen-komponen material yang ada.

“Bagi menggalakkan lagi industri ini, pembuat kereta memang tidak membuat kereta sepenuhnya, komponen kenderaan biasanya dibekalkan oleh negara atau syarikat tertentu, di sinilah peluang syarikat tempatan terlibat melalui latihan dan pemindahan teknologi yang dijalankan.” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara bertemakan Kelestarian dan Mobiliti Berelektrik dianjurkan BMW Group Malaysia di sini hari ini.

Acara itu memberi ruang kepada orang ramai menyaksikan secara dekat beberapa model baharu EV keluaran BMW Group serta produk canggih masa depan lain, selama tiga hari bermula esok petang di perkarangan Hotel Mandarin Oriental di sini.

Tambah Azmin, Kementerian Kewangan dalam Bajet 2022 telah memperkenalkan beberapa insentif kepada rakyat tempatan agar mampu membeli kereta-kereta EV.

“Ia berikutan teknologi-teknologi baharu ini harga permulaannya agak tinggi, jadi insentif itu amat baik bagi menggalakkan untuk lebih ramai rakyat tempatan mampu membeli kereta EV pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu menerusi ucapannya, Azmin berkata, National Level Inter-Ministry EV Task Force diketuai oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa ditubuhkan sebagai platform membincangkan strategi untuk memacu pembangunan dan keseluruhan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

Ia adalah insentif menerusi Bajet 2022 untuk mengiktiraf keperluan bagi merangsang permintaan daripada pengguna.

“Bagi mendokong hasrat ini, beberapa insentif dirangka selain pengecualian cukai untuk pengimportan dan pemasangan EV, pengecualian cukai jalan dan rebat cukai untuk pemasangan pengecas rumah EV.

“Untuk mengiktiraf keperluan bagi merangsang permintaan daripada pengguna. Bagi mendokong hasrat ini, beberapa insentif telah diumumkan dalam Bajet 2022 termasuk pengecualian cukai untuk pengimportan dan pemasangan EV, pengecualian cukai jalan dan rebat cukai untuk pemasangan pengecas rumah EV.

“Sebagai langkah yang holistik, National Level Inter-Ministry EV Task Force yang diketuai oleh MITI juga telah ditubuhkan dengan mandat untuk bertindak sebagai platform membincangkan strategi dan pelaksanaan langkah-langkah untuk memacu pembangunan EV dan keseluruhan ekosistemnya di seluruh negara,” katanya.