BMW beri ruang SME bekal komponen – Azmin Ali

 BMW beri ruang SME bekal komponen – Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 12 Jan 2022 – Keputusan syarikat pengeluar Jerman, BMW Group membuat dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) bagi beberapa model baharunya di negara ini memberi ruang kepada syarikat tempatan membekal komponen-komponen mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembuatan dan pengeluaran model-model baharu EV BMW ini dijangka akan dilaksanakan di negara ini pada masa terdekat.

Dato Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
hadir merasmikan acara Kelestarian dan Mobiliti Berelektrik dianjurkan BMW Group Malaysia di perkarangan Hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.

“Ini memberi ruang kepada SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk menyediakan, membekalkan rantaian komponen kepada model baru EV kerana material di sini lebih mapan.

“Saya akan meneliti bagaimana kemampuan, keperluan dan permintaan terhadap industri pembekalan komponen EV membabitkan rantaian pembekalan tempatan.

“Malah, ketika saya berada di Eropah, syarikat pengeluar kereta Porsche telah bersetuju untuk keluarkan produk mereka di Malaysia kerana mereka lihat kita sebagai memiliki potensi tenaga kerja yang mahir dan juga Malaysia sebagai hub untuk menembusi pasaran-pasaran antarabangsa,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan acara bertemakan Kelestarian dan Mobiliti Berelektrik dianjurkan BMW Group Malaysia di perkarangan Hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.

Program itu sebahagian usaha sama dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Siemens Malaysia, di samping Samsung Malaysia Electronics dan Glenfiddich by William
Grant & Sons.

Azmin menerusi ucapannya pada majlis itu berkata, fokus kerajaan bukan sahaja untuk menarik dan menggalakkan pelaburan dalam industri pembuatan dan pemasangan kereta, tetapi juga pembekalan alat ganti dan komponen yang berkaitan kenderaan.

“Bagi mendokong hasrat ini, beberapa insentif telah diumumkan dalam Bajet 2022 termasuk pengecualian cukai untuk pengimportan dan pemasangan EV, pengecualian cukai jalan dan rebat cukai untuk pemasangan pengecas rumah EV.

“Sebagai langkah yang holistik, National Level Inter-Ministry EV Task Force yang diketuai oleh MITI juga telah ditubuhkan dengan mandat untuk bertindak sebagai platform membincangkan strategi dan pelaksanaan langkah-langkah untuk memacu pembangunan EV dan keseluruhan ekosistemnya di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Azmin berkata, orang ramai sedia maklum harga bagi teknologi baru seperti EV agak tinggi di pasaran sehubungan itu tanpa sokongan atau insentif daripada kerajaan sukar untuk ia dipasarkan di sini.

“Bagaimanapun kita bersyukur kerana kerajaan menyediakan insentif menerusi bajet 2022 agar rakyat tempatan boleh memiliki kenderaan EV dengan harga mampu milik,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *