BKC diharap dapat kurangkan bebanan Keluarga Malaysia – PM

 BKC diharap dapat kurangkan bebanan Keluarga Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau proses pembayaran BKC fasa satu secara maya. Foto- Facebook Rasmi PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu bermula Isnin diharapkan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran BKC akan dibuat secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion.

“Saya berkesempatan bertanya khabar kepada penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan BKC berjalan dengan lancar.

“Saya juga mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turun ke lokasi untuk meninjau proses pembayaran di BSN Putrajaya manakala Timbalannya, Mohd Shahar Abdullah berada di BSN Triang, Pahang.

“Saya dimaklumkan juga Kementerian Kewangan akan mempermudahkan urusan pengagihan kepada masyarakat pedalaman dengan pembayaran tunai kepada mereka yang tidak memiliki akaun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Pada 1 September, Ismail Sabri berkata, BKC bakal memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Beliau berkata, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  −    =  78