Biden, Putin setuju sekuriti siber perlu dikawal

 Biden, Putin setuju sekuriti siber perlu dikawal

Oleh Iqhram Ahmad

WASHINGTON DC, 17 Jun – Perjumpaan antara Presiden Joe Biden dan pemimpin Russia, Vladimir Putin di Geneva, Switzerland, akhirnya mendapat kata putus apabila kedua-duanya bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai sekuriti siber, di mana ianya mampu mengubah landskap keselamatan dunia.

Persetujuan ini mampu menjadi garis panduan selain membina infrastruktur kepada sektor siber yang hingga kini merupakan sektor yang tidak terkawal.

Putin berkata beliau bersetuju dengan Biden mengenai keperluan sekuriti siber di sebuah kenyataan media selepas perjumpaannya di Villa La Grange, semalam.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kepentingan sekuriti siber bukan sahaja kepada AS dan Russia, malah kepada seluruh dunia.

Isu sekuriti siber adalah antara topik hangat yang dibincangkan semasa perjumpaan berkenaan kerana AS menuduh Russia melakukan campurtangan di dalam pilihanraya 2016 AS, di mana Donald Trump muncul menjadi Presiden.

Sementara itu, pakar sekuriti siber AS, Chuck Easttom berkata perbincangan dua negara gergasi ini mengenai masalah sekuriti siber mampu membawa perubahan yang ketara kepada dunia teknologi.

“Persetujuan ini mampu memperbaiki keselamatan global dengan mengurangkan serangan terhadap infrastruktur sesebuah negara.

“Walaupun perang tradisional mempunyai peraturan dan garis panduan, seperti Geneva Convention, alam siber hingga kini masih belum ada perkara seperti itu.

“Walau bagaimanapun, perbincangan ini baru di peringkat awal dan apa-apa sahaja boleh terjadi memandangkan kedua-dua negara ini sering tidak bersetuju sesama sendiri,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  3  =  6