Biden akan jumpa Putin di Geneva

 Biden akan jumpa Putin di Geneva

WASHINGTON, 16 Jun. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini akan bertemu pemimpin Russia, Vladimir Putin pada persidangan yang akan diadakan di Geneva, Switzerland.

Walaupun mempunyai hubungan yang tidak mesra, kedua-dua pemimpin berkenaan bersetuju untuk berjumpa dan membincangkan isu-isu terkini termasuk perjanjian nuklear baharu, sekatan ekonomi dan tuduhan AS terhadap campur tangan Russia pada pilihanraya 2016.

Persidangan berkenaan merupakan lawatan ketiga Biden ke luar negara sebagai seorang presiden, selepas persidangan G7 dan NATO.

Geneva dipilih sebagai tempat persidangan antara dua negara ini bagi mengimbas kembali zaman Perang Dingin yang dilalui dua negara berkenaan, yang dipimpin Ronald Reagen (AS) dan Mikhail Gorbachev pada tahun 1985.

Memetik dari laporan BBC, kedua-dua negara berkenaan buat masa ini tidak mempunyai sebarang duta di dalam negara mereka di mana Russia secara rasminya menyenaraikan AS sebagai negara yang ‘tidak mesra’.

Walau bagaimanapun, Putin menerusi kenyataan media berkata ada beberapa perkara yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak termasuk rundingan nuklear baharu, konflik wilayah sempadan termasuk Libya dan Syria, dan perubahan iklim.

“Jika isu-isu ini dapat ditangani, maka perjumpaan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia,” kata Putin.

Sementara itu, Biden berkata ianya amat penting bagi kedua-dua negara berkenaan untuk berdamai pada waktu pandemik ini.

“Harap-harap perjumpaan ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat walaupun terdapat sedikit persengketaan sebelum ini,” kata Biden.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  −  19  =