Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya

 Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya

Datuk Zuraida Kamarudin

Oleh Suraya Ali

PUTRAJAYA, 4 Mac: Umpama peribahasa ‘biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya,’ begitulah pandangan ahli Majlis Pemimpin Tertinggi (MPT) BERSATU terhadapĀ  UMNO.

Ia susulan keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan BERSATU dan ramai yang mempersoal tindakan parti itu yang dilihat kurang bijak.

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin menyifatkan tindakan UMNO itu sesuatu yang kurang bijak.

“Itulah bila tidak bijak, biarkan sahaja mereka,” katanya kepada Wacana.my ketika ditemui di mesyuarat MPT BERSATU di sini, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Sementara itu, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata mesyuarat ahli MPT parti itu hari ini akan membincangkan hala tuju parti di masa depan.

“Kita akan bincang dan lihat kaedah terbaik untuk meneruskan perjuangan dengan rakan-rakan yang lain,” katanya.

Tambah Wan Fayshal mesyuarat hari ini hanya satu daripada beberapa langkah lain yang perlu diambil.

“Masih jauh perjalanan ini, sudah tentu perbincangan akan diadakan dengan rakan strategik BERSATU dan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain,” katanya.

Parti komponen lain dalam PN ialah BERSATU, PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  7  =