BESTRide beri pilihan ‘menang-menang’ buat warga Johor Bahru

 BESTRide beri pilihan ‘menang-menang’ buat warga Johor Bahru

Servis BESTRide beri pilihan kepada warga Johor Bahru. FOTO BESTRide

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Berita baik buat warga Johor Bahru apabila mereka kini boleh memesan bukan sahaja makanan atau minuman malah membeli cenderamata, produk dan barangan dengan servis terbaharu penghantaran BESTRide.

Apa menarik mengenai sistem BESTRide ini  juga ia memberi fokus kepada peniaga memerlukan khidmat penghantaran berkonsep ‘Pakai Dulu Bayar Kemudian’ dengan syarikat membenarkan peniaga membuat pembayaran seminggu sekali.

Ketua Pemasaran BESTRide, Azlan Abdollah berkata, BESTRide adalah servis penghantaran yang pantas pada hari yang sama dan memberi pilihan pengguna di Johor Bahru memilih saluran yang lebih menjimatkan.

“Persoalan pertama adalah ‘Mengapa Bayar Lebih?’ Sebagai pengguna, mereka berhak mendapat pilihan lebih baik untuk berbelanja. Perkhidmatan BESTRide lebih menjmatkan lebih 30 peratus berbanding membeli di beberapa platform lain menaikkan harga barang sehingga 30 peratus daripada harga asal,” katanya.

Servis BESTRide pada masa sama, membenarkan peniaga terkesan dengan pandemik COVID-19 membayar caj perkhidmatan secara ansuran. Secara tidak langsung, servis BESTRide boleh berperanan sebagai rakan penghantar rasmi perniagaan.

Mengulas lanjut ‘Pakai Dulu, Bayar Kemudian’, Azlan memberitahu ia adalah kempen khas bagi peniaga-peniaga yang menjadikan BESTRide sebagai rakan penghantaran rasmi mereka.

“Dengan BESTRide, peniaga tidak perlu membayar cukai tambahan apabila menggunakan servis seperti syarikat penghantaran lain.

Menurutnya, peniaga hanya perlu menghubungi BESTRide dan BESTRide akan menghubungi rider berhampiran untuk mengambil pesanan dan memastikan barangan dihantar ke destinasi dengan selamat dan cepat.

Rider BESTRide juga akan mendapat komisen tinggi sebanyak 80 peratus dari jumlah kos servis dihantar. Rider tidak mempunyai jadual khusus menjalankan tugas dan mereka bebas melakukan kerja ini.

“Malah ramai yang melakukan pekerjaan BESTRide sebagai pekerjaan kedua selepas tamat waktu bekerja rutin harian. Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja berminat menambah pendapatan mereka,” katanya lagi.

Dalam tempoh dua tahun dari sekarang, BESTRide yakin mampu berada dalam kedudukan tiga teratas syarikat penghantaran di Malaysia.

Pendekatan servis ini sekaligus membantu peniaga-peniaga terkesan untuk bangkit memulakan kembali perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Azlan berkata, bersempena pra-pelancaran servis penghantaran mereka pada tahun hadapan, BESTRide menawarkan diskaun RM3 kepada peniaga yang menggunakan servis mereka.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

62  −    =  57