Bestpay sokong budaya menyimpan

 Bestpay sokong budaya menyimpan

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000. Keadaan ini dipercayai berpunca dari sikap dan amalan kewangan yang tidak baik.

Dilaporkan dua daripada 10 rak­yat Malaysia sukar untuk menyimpan dalam tempoh enam bulan.

Sehubungan itu, Bestpay dengan kerjasama  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan sistem bayaran balik PTPTN dan simpanan ke akaun SSPN-i secara dalam talian.

Tujuan utama kerjasama ini adalah bagi menggalakkan budaya menabung dan membayar balik hutang PTPTN.

Ketua Pegawai Eksekutif BestPay Razwan Ikmal Rusli memberitahu Wacana.my usahasama ini amat bermakna bagi masyarakat untuk masa depan anak-anak mereka.

“BestPay berperanan memberikan kemudahan membuat simpanan melalui applikasi kami yang boleh dimuat turun terus dari Google, HuaWei atau Apple,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pendedahan kurang di dalam masyarakat khususnya kaum bumiputera tinggal di kawasan luar bandar dikenalpasti menjadi antara faktor utama mengapa masyarakat kita kurang mempunyai simpanan.

Oleh itu, BestPay mengambil inisiatif menyediakan hotline telefon dan whatsapp 011-23437911 (24 jam) bagi membantu pemegang akaun atau bakal pembuka akaun baru di SSPN-i memulakan simpanan melalui aplikasi mereka.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −  20  =