Bersatu tak benar ahli bertanding tanpa kebenaran, boleh kena pecat – Wan Saiful

 Bersatu tak benar ahli bertanding tanpa kebenaran, boleh kena pecat – Wan Saiful

Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Bersatu tidak membenarkan ahli bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran.

Wan Saiful berkata dalam satu kenyataan bahawa perlembagaan Bersatu menyatakan bahawa mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk boleh terhenti keahlian serta merta.

“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” katanya tanpa menamakan Ahli Parlimen Saratok itu.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Ali Biju yang kini bertanding sebagai calon bebas juga boleh dikenakan tindakan tatatertib dan boleh dipecat oleh Bersatu.

Selain Ali Biju, tiga lagi ahli Bersatu yang tidak mempedulikan pendirian parti mereka ialah Siki Balarik di Belaga, Ricky Enteri di Bawang Assan, dan Ismawi Muhammad di Muara Tuang.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa partinya tidak menyokong tindakan Ali Biju mempertahankan kerusi DUN Krian yang disandangnya sebagai calon bebas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Faizal, tindakan Datuk Ali Biju tidak selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti.

“Perikatan Nasional (PN) menyokong GPS dalam PRN Sarawak dan tidak meletakkan calon di semua kerusi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Faizal tidak menjelaskan samada Ali akan diambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan parti.

Ahmad Faizal Azumu juga diminta mengulas laporan bahawa Ali sedia untuk mempertahankan DUN Krian sebagai calon bebas yang dipegangnya selama dua penggal selepas Bersatu memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman rasmi bawa Bersatu tidak akan bertanding dalam dalam PRN Sarawak dan Perikatan Nasional akan membantu memastikan kemenangan GPS.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  5