Bersatu Sarawak akan ambil tindakan ahli ingkar – Jaziri

 Bersatu Sarawak akan ambil tindakan ahli ingkar – Jaziri

Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak akan mematuhi sebarang tindakan yang diambil terhadap empat ahlinya yang bertanding dalam pilihan raya negeri ke-12 bertentangan dengan kehendak parti, kata pengerusinya Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

Beliau berkata perlembagaan parti dengan jelas menyatakan tindakan disiplin yang ketat boleh termasuk menamatkan keahlian mereka serta-merta.

“Oleh itu, mana-mana ahli yang bertanding dalam pilihan raya negeri tanpa kebenaran parti, termasuk penyandang DUN Krian, Datuk Ali Biju, boleh dikenakan tindakan disiplin seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Kepimpinan pusat akan mengumumkan keputusan itu tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bersatu Sarawak tetap teguh dan tidak berbelah bahagi di belakang kepimpinan Ketua Menteri dan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Abang Open dalam memastikan kemenangan tanah runtuh dalam pilihan raya negeri untuk meneruskan pembangunan pesat yang dilaksanakan di Sarawak,” kata Jaziri.

Terdahulu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman rasmi bawa Bersatu tidak akan bertanding dalam dalam PRN Sarawak dan Perikatan Nasional akan membantu memastikan kemenangan GPS.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −    =  30