Bersatu perlu pastikan kekal relevan untuk Malaysia

 Bersatu perlu pastikan kekal relevan untuk Malaysia

Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli

Johor Bahru, 22hb November : Kekalahan Gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihanraya Kecil Negeri Melaka tidak boleh dianggap sebagai parti ini bakal terkubur seperti Semangat 46 dahulu.

Menurut Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli , Bersatu wajib meneruskan perjuangan demi kaum Pribumi dan rakyat Malaysia.

“Objektif perjuangan kita perlulah lebih besar dari hanya memenangi pilihanraya semata-mata. Bila niat politik kita betul, kejayaan akan datang pada masa yang tepat. Kita wajib kekal meneruskan perjuangan untuk mewujudkan suasana ‘check and balance’ untuk negara.. peranan Bersatu amat relevan dan disegani”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, Bersatu bukannya tiada sokongan. Tetapi perlukan strategi dan gerak kerja yang lebih tersusun.

“Bersatu merupakan parti yang ‘fresh’ dan tiada liabiliti. Saya percaya pemimpin-pemimpin yang berkualiti akan muncul dari Bersatu. Strategi dan gerak kerja bersama akar umbi mesti dipertingkatkan”, beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan pelajar cemerlang ke IPTS yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Bijak secara maya.

Sumbangan dari Pusat Komuniti Bijak itu adalah dalam bentuk tunai untuk pembayaran pendaftaran dan insentif menggalakkan pelajar cemerlang sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

Maklumat lanjut boleh menghubungi pusat komuniti tersebut di laman media sosial mereka.

Pusat Komuniti Bijak Larkin

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *