BERSATU pasti ‘comeback’ – Razali Idris

 BERSATU pasti ‘comeback’ – Razali Idris

Datuk Razali Idris

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Laungan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu ucapan sambutan Ulang Tahun ke-5 parti itu pada Jumaat bukan sekadar laungan kosong.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Razali Idris menyifatkan laungan tersebut adalah satu petanda BERSATU akan membuat ‘comeback’ (kemunculan semula) yang bergaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Laungan Presiden (Muhyiddin) BERSATU sewaktu ucapan sambutan Ulang Tahun ke-5 BERSATU saya kira ini bukan laungan kosong, tetapi paluan gendang perang sudah berbunyi.

“Insya-Allah, parti BERSATU pasti ‘comeback’ kerana kita tidak pernah gentar dan kecewa dan akar umbi parti sentiasa bersama Abah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Wacana.my.

Pada Jumaat, Tan Sri Muhyiddin yassin menyampaikan amanat dan harapan bersempena sambutan Ulang Tahun ke-5 BERSATU secara maya di laman Facebook rasmi milik beliau.

Antara intipati ucapan tersebut ialah Muhyiddin menggesa supaya BERSATU membuktikan nilai kepimpinan berteraskan prinsip integriti dan amanah, tidak boleh berkompromi dengan perbuatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa mahupun mencampuri urusan mahkamah.

Mengulas lanjut, Razali menggesa kepimpinan serta ahli-ahli parti BERSATU untuk terus menjalankan kerja-kerja amal dan berkhidmat sehabis baik untuk rakyat.

“Rakyat adalah kekuatan BERSATU. Saya selari dengan pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kepimpinan BERSATU mesti menjadi role model kepada masyarakat.

“Formulanya ialah teruskan kerja-kerja amal bersama rakyat yang hendak merasakan jasa BERSATU dan kerajaan Perikatan Nasional yang lalu.

“Seperti yang pernah saya ungkapkan dulu iaitu menyantuni rakyat sehabis baik adalah perkara utama dan formula untuk kita menang,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =