Bersatu, PAS tubuh Jawatankuasa Permesyuaratan rangka strategi PRU15

 Bersatu, PAS tubuh Jawatankuasa Permesyuaratan rangka strategi PRU15

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan para anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU ketika hadir di mesyuarat semalam. Turut kelihatan, Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan (dua dari kiri) dan Timbalan Presiden BERSATU Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR, 4 April — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan perlantikan 12 wakil dalam Jawatankuasa Permesyuaratan BERSATU-PAS bagi merangka strategi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan kelak (PRU15).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menerusi sebuah kenyataan media pagi ini, hasil daripada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Disamping itu, BERSATU turut memutuskan untuk terus perkukuhkan kerjasama diantara anggota Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

Hamzah juga berkata, parti itu sedia membantu GPS pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang.

MPT BERSATU turut memutuskan untuk menyegerakan pelantikan Ketua-ketua Bahagian Ahli Bersekutu dalam masa terdekat bagi memperkasakan dan meningkatkan lagi penglibatan ahli-ahli bersekutu BERSATU di seluruh negara. Selain itu, MPT BERSATU menegaskan bahawa parti mengiktiraf peranan serta penglibatan aktif anak muda dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan.

Sehubungan itu, BERSATU menyeru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar menyegerakan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

44  −  38  =