BERSATU Pahang yakin memenangi beberapa kerusi pada PRU-15

 BERSATU Pahang yakin memenangi beberapa kerusi pada PRU-15

Pengerusi BERSATU Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi panel dalam forum Sembang-Sembang Politik yang dianjurkan secara dalam talian oleh BERSATU Indera Mahkota

KUALA LUMPUR, 6 Sept — BERSATU negeri Pahang yakin dapat memenangi beberapa kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi BERSATU Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai persiapan parti untuk bertanding pada PRU-15.

“Kita yakin dengan keupayaan kita, dan apa yang saya nampak kesemua bahagian BERSATU di negeri Pahang semakin hari semakin bersemangat.

“Kita akan adakan satu mesyuarat khas pada 8 Sept ini dan antara intipati perbincangan mesyuarat tersebut ialah persiapan untuk menghadapai PRU-15 kerana kita ada keyakinan yang kita akan memenangi beberapa kerusi,” katanya dalam satu forum Sembang-Sembang Politik yang dianjurkan secara dalam talian oleh BERSATU Indera Mahkota.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Luar Negeri berkata mengharapkan gencatan politik dapat diteruskan sekurang-kurangnya sehingga Mei 2023 supaya kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dapat bernafas dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada ketika ini.

“Jika tempoh setahun sahaja diberikan kepada kerajaan baharu ini, saya rasa itu satu jangka masa yang pendek untuk kita memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada ketika ini.

“Jadi apa yang saya harapkan, gencatan politik ini perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga Mei 2023 supaya kita dapat satu tempoh yang tenang untuk memperbaiki semua perkara yang terbengkalai disebabkan polemik politik sebelum ini.

“Jika semua perkara atau kelemahan ini sudah dibaiki, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan selepas ini boleh terus mentadbir dengan tenang,” katanya.

Dalam Pada itu, Saifuddin juga turut mengucapkan tahnian kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri semalam.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas lantikan beliau menjadi Pengerusi MPN bertaraf menteri.

“Kita akan bantu beliau semampu yang boleh kerana ini semua adalah untuk kepentingan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

70  −    =  64