BERSATU Pahang sedia gempur bantu PRN Johor

 BERSATU Pahang sedia gempur bantu PRN Johor

KUANTAN, 29 Jan 2022 – Kesemua 14 cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, bersama sayap Armada, sayap Srikandi dan bersekutunya, akan membantu Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Sri Saifuddin Abdullah, semua jentera Bersatu Pahang telah bersedia dan hanya menunggu arahan dari Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk turun ke kawasan-kawasan tumpuan.

Tambah Saifuddin sebaik sahaja menerima arahan MPT, Badan Pimpinan Bersatu Pahang akan mengadakan bermesyuarat khas mengatur gerak kerja di Johor kerana PRN Johor kali ini adalah dianggap luar biasa penting

“Kali ini kita menganggap pilihan raya Johor adalah pilihan raya yang luar biasa pentingnya kerana pengerusi Bersatu negeri Johor ialah Presiden parti , yakni Tan Sri Muhyiddin jadi kita mesti menunjukkan prestasi yang baik mempertahankan kerusi kerusi yang sedia dan.

“Ditambah lagi semasa mesyuarat kami bertekad untuk meningkatkan prestasi Johor mesti lebih baik daripada prestasi di Melaka,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas melakukan lawatan tahun baru Cina di pusat penjagaan Orang-orang Tua di Bangunan Persatuan Tionghua di Jalan Bukit Ubi Kuantan pada semalam.

Semalam Pengerusi Pakatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan gabungan itu akan memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor bersama Pas dan Gerakan dalam masa seminggu lagi.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

61  −  57  =