• Friday, 18 June 2021, 12:52 am

Kerajaan ambil inisiatif terbaik semasa PKP 3.0 – Bersatu Johor

 Kerajaan ambil inisiatif terbaik semasa PKP 3.0 – Bersatu Johor

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 5 Jun — Kerajaan Persekutuan sudah mengambil inisiatif terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mohd. Solihan Badri

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd. Solihan Badri yakin, inisiatif yang diputuskan kerajaan mengambil kira kelangsungan sektor ekonomi dalam tempoh mencabar ketika ini.

“Ini termasuklah pengenalan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +) dengan nilai sebanyak RM40 bilion.

“Begitu juga Program Jaringan Prihatin bernilai RM2 bilion yang dilancarkan Mei lalu bagi membantu 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi atau mendapatkan peranti mudah alih dan program e-Belia telah dibuka pendaftarannya sejak 1 Jun lalu.

“Ini membolehkan seramai dua juta belia dan penuntut institusi pengajian tinggi yang layak mendapatkan kredit bernilai RM150 dari penyedia perkhidmatan ‘e-wallet’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, golongan peniaga kecil, penjaja jalanan dan pengusaha mikro juga tidak ketinggalan menerima manfaat disediakan kerajaan apabila disediakan peruntukan RM1.5 bilion untuk mereka sepanjang tahun.

Jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, mereka boleh mendapatkannya menerusi agensi terpilih seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Raya (Mara).

Dalam pada itu, beliau percaya langkah menggerakkan jentera kerajaan untuk membantu mengangkut penerima masyarakat khususnya golongan warga emas dan memerlukan akan meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin di negara ini.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pemberian dos vaksin pada bulan Mei telah mencapai purata 80,000 dos sehari.

“Langkah diambil kerajaan diyakini mampu meningkatkan jumlah pemberian dos suntikan vaksin Covid-19 sehari kepada 150,000 dos dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *