• Sunday, 20 June 2021, 3:42 pm

BERSATU Johor Bahru bantu pemandu teksi

 BERSATU Johor Bahru bantu pemandu teksi

JOHOR BAHRU, 6 Jun —  Dalam keadaan negara menghadapi wabak COVID-19, rakyat sentiasa bersedia membantu barisan hadapan negara.

Ketua SriKandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kebun Teh, Johor Bahru, Noriha Mohd Noh

Pelbagai usaha dilakukan termasuk membantu meringakan beban mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan.

Antara yang terjejas adalah pemandu teksi kerana apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan, jumlah penumpang berkurangan kerana ramai yang bekerja dari rumah.

Sehubungan itu, Ketua SriKandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Kebun Teh, Johor Bahru, Noriha Mohd Noh turun padang mengagihkan bantuan kepada pemandu teksi di Johor Bahru.

Seramai 20 orang pemandu teksi ditemui di sekitar Johor Bahru menerima bantuan makanan asas.

“Kami mahu membantu mereka yang hilang punca pendapatan, warga emas serta Ibu Tunggal di sekitar kawasan ini,” katanya.

Bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringkan beban ketua keluarga.

“Saya berharap mereka terus tabah dan bersabar dengan dugaan serta sentiasa ingat bahawa kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal dan membaikpulih keadaan sekarang,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru Razrul Anwar Rusli turut menyeru rakyat agar sentiasa memberi sokongan kepada usaha kerajaan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Hanya dengan mematuhi arahan kerajaan, kita mampu meringkan tekanan terhadap barisan hadapan negara,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *