BERSATU JB serah sumbangan 120 murid B40

 BERSATU JB serah sumbangan 120 murid B40

Razrul (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Datuk Jemale (kiri) dalam Program Mari Kembali Ke Sekolah Norma Baharu di Taman Nong Chik, hari ini

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU 20 Feb: – Parti BERSATU Bahagian Johor Bahru menyampaikan sumbangan kepada 120 murid daripada keluarga B50 di sekitar kawasan Larkin di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan Timbalan Ketuanya, Razrul Anwar Rusli menerusi Program Mari Kembali Ke Sekolah Norma Baharu yang diadakan di Taman Nong Chik.

Turut hadir, Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor, Nur Najihah Abd Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Badan Bertindak BERSATU Bahagian Johor Bahru, Datuk Jemale Paiman.

Menurut Razrul Anwar, sumbangan tersebut berupa beg sekolah, cecair nyah kuman dan wang tunai bertujuan meringankan beban keluarga penerima terutamanya mereka yang terkesan dengan COVID-19.

“Bantuan diberikan adalah sumbangan peribadi saya selain daripada Biro Ekonomi Bersatu Johor Bahru, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan IKS Mart.

“Kami serahkan sumbangan ini kepada 14 pemimpin masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dan mereka akan mengagihkannya kepada murid yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, selepas ini bantuan komputer akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan di sekitar daerah ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20  +    =  27