BERSATU di Sarawak bertujuan berkawan, menyokong, membantu GPS

 BERSATU di Sarawak bertujuan berkawan, menyokong, membantu GPS

Senator Jaziri Alkaf A. Suffian

KUCHING 4 Feb. – Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sarawak bertujuan untuk berkawan serta membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bukan untuk berlawan atau mengambil alih kepemimpinan negeri itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak yang juga Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf A. Suffian berkata, kehadiran BERSATU di negeri itu diterima dengan baik oleh parti-parti gabungan GPS yang meliputi PDP, PBB, SUPP dan PRS.

Jelasnya, BERSATU juga telah dari semasa ke semasa mengadakan program bersama dengan GPS.

Antara program yang dibuat adalah pemberian bantuan banjir, meningkatkan ekonomi penduduk serta bantuan kepada masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, program-program membela penduduk itu diadakan  bersama dan akan diteruskan sebagai  khidmat kepada rakyat negeri Sarawak.

“Kehadiran PN mahupun BERSATU adalah untuk bekerjasama dengan GPS. BERSATU menjadi parti yang menyokong serta membantu GPS untuk terus menerajui kepemimpinan negeri Sarawak.

“Kita juga tidak pernah berlawan dengan GPS atau melakukan provokasi. Ini memang difahami oleh GPS,” katanya.

Menurutnya, kehadiran BERSATU juga secara langsung bertujuan memperkukuhkan lagi kepemimpinan serta politik GPS di Sarawak.

“Kita tidak pernah fikirkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya, sebaliknya BERSATU tetap dengan pendirian untuk menyokong serta membantu GPS.”

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27  +    =  37