BERSATU dan UMNO kekal kerjasama di Sabah

 BERSATU dan UMNO kekal kerjasama di Sabah

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

KOTA KINABALU, 6 Mac – Parti BERSATU kekal bekerjasama dengan UMNO di Sabah, walaupun hubungan di peringkat Pusat terputus dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor menegaskan parti itu dan UMNO Sabah kekal bekerjasama untuk mengukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, September tahun lalu.

“Sekarang bukan masa kita bertengkar pasal politik, sebaliknya ia masa untuk kita bekerja. Kita berdepan dengan pandemik COVID-19, cabaran ekonomi dan kesukaran yang menjejaskan rakyat.

“Justeru, janganlah (hubungan) kita diganggu, sebaliknya marilah kita bekerjasama untuk mengatasi cabaran ini,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas isu politik semasa antara UMNO dan BERSATU.

Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini memutuskan untuk menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15 akan datang.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata UMNO Pusat tahu bahawa tekad UMNO dan BERSATU di negeri ini alah mengukuhkan GRS.

Katanya, kedua-dua parti akan terus bekerjasama dengan rakan di Sabah bagi menghormati mandat rakyat terhadap GRS.

Sebelum ini, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mempertahankan kerjasama antara UMNO dan BERSATU menerusi GRS di Sabah.

Katanya, UMNO Sabah mempunyai autonomi untuk menentukan hala tuju parti itu di negeri ini termasuk meneruskan kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15 akan datang.

“Bagi dulu peluang kami bertenang dan kekal meneruskan kerjasama yang terjalin sehingga membawa kepada kejayaan besar merampas kembali pentadbiran kerajaan Sabah daripada Parti Warisan Sabah dan sekutunya dalam PRN September tahun lalu,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −  51  =