Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
BERSATU Bandar Tun Razak terima 200 ahli baharu

Muraleethran dan Tan Peng Beng mewakili 200 ahli baru BERSATU menyerahkan borang kepada Datuk Wan Saiful, disaksikan oleh Lt Kol Shahruddin
CHERAS 21 Feb: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bandar Tun Razak hari ini menerima 200 borang penyertaan daripada komuniti Cina dan India di sekitar kawasan ini.
Majlis penyerahan borang penyertaan itu diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian Lt Kol Shahruddin Hanifah serta wakil daripada kaum Cina dan India di Ibu Pejabat BERSATU Bandar Tun Razak.
Turut hadir, Ketua Penerangan Parti BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Menurut Shahruddin, penyertaan berkenaan akan memperkasakan lagi BERSATU di Bandar Tun Razak dan ahli jawatankuasanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang menyertai BERSATU di Bandar Tun Razak serta mengalu-alukan penambahan ahli,” katanya.
Sementara itu, menurut Muraleethran a/l Nailliah, penyertaan berkenaan membuktikan sokongan yang tinggi terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti BERSATU.
Beliau yang mewakili 100 ahli baharu masyarakat India turut berkata bahawa penyertaan berkenaan dapat memperkukuhkan keharmonian semua kaum di Malaysia.
Sementara itu, menurut Tan Peng Beng, parti BERSATU amat mengambil berat terhadap kaum lain serta mendengar keluhan rakyat.