Bersama PAS di Selangor, solo di Johor – Noh Omar

 Bersama PAS di Selangor, solo di Johor – Noh Omar

CHERAS, 23 Jan 2022- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, menjadi prinsipnya untuk sentiasa menyokong setiap keputusan parti malah beliau yakin kemampuan parti itu berdasarkan rekod kemenangan di PRN Melaka, PRN Sarawak dan penerimaan rakyat baru-baru ini.

Tan Sri Noh Omar pada majlis pelancaran Koperasi Kipidap Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan Selangor tetap meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) sebagaimana diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

“Kami di Selangor ini beza sikit daripada negeri lain sebab di Selangor UMNO pembangkang, PAS juga pembangkang.

“Kalau kita lihat sejarah, Muafakat Nasional ini ditubuhkan waktu UMNO jadi pembangkang di Parlimenā€¦PAS juga jadi pembangkang di Parlimen ketika itu.

“Bila kita bersama jadi pembangkang suara kita sama ..maka tertubuhlah MNā€¦jadi, konsep dan semangat itu juga sama di Selangor,” katanya ketika ditanya mengenai hubungan antara UMNO dan PAS dalam MN selepas UMNO Kelantan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PAS negeri berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Koperasi Kipidap Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, ditanya mengenai pandangannya berhubung pengumuman yang dibuat oleh Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Shahruddin Md Salleh bahawa Pejuang akan bertanding secara solo di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan, Noh berkata, ia tidak menjadi ancaman kepada BN.

Katanya, perkara itu telahpun dibuktikan sebagaimana yang berlaku pada PRN di Melaka.

“Saya ingat dalam pilihan raya iniā€¦Barisan Nasional telahpun membuktikan bahawa walaupun solo di Melaka telah dapat kejayaan yang luar biasa

“Jadi, saya tidak mahu komen lebih kerana ini kuasa pimpinanā€¦bagi saya sebagai Pengerus Perhubungan UMNO negeri Selangor kita akan akur dengan apa juga keputusan (bertanding) yang dibuat oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

76  −    =  68