Berlari sambil lewa atau berenang di kolam buaya – TMJ

 Berlari sambil lewa atau berenang di kolam buaya – TMJ

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – “Kenapa di JDT De Paula tak jogging, tetapi dia kerap membuat high pressing? Kerana di JDT jikalau berlari sambil lewa dia berenang di kolam buaya, mudah.”

Itulah komen pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Instagramnya yang mencuri perhatian para peminat bola sepak tanah air.

Tunku Mahkota Johor memberi komen itu bagi mengulas aksi bertenaga yang dipamerkan penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula ketika menyarung jersi pasukan Harimau Selatan.

De Paula sebelum ini dikritik hebat oleh pemerhati bola sepak serta peminat bola sepak negara susulan aksi ‘malas’ ditunjukkan pemain kelahiran Brazil itu ketika menggalas tugas bersama Harimau Malaya.

Penyerang berusia 35 tahun tersebut mampu mempamer aksi bertenaga dan menjaringkan gol ketika membantu JDT melakar kemenangan 4-0 ke atas Kelantan FC, Ahad lalu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2