“Berlaku adil boleh tak Malaysiakini?”

 “Berlaku adil boleh tak Malaysiakini?”

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusoff membidas laporan Malaysiakini yang melaporkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin tidak memakai pelitup muka dalam sesi taklimat ringkas dan majlis sesi suai kenal bersama pengurusan tertinggi kementerian.

Nurul Islam yang hadir dalam sesi mesyuarat itu berkata beliau menggesa portal itu melaporkan berita yang adil, kerana Zuraidah memang memakai pelitup muka dan hanya menanggalkan ketika ingin bercakap.

“Saya hadir ketika mesyuarat ini.

“Berlaku adil boleh tak Malaysiakini?

“Beliau memakai mask dan hanya menanggalkan ketika ingin bercakap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkap layar dari portal berita Malaysiakini yang menunjukkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak memakai pelitup muka dalam sesi taklimat ringkas dan majlis sesi suai kenal bersama pengurusan tertinggi kementerian.

Zuraidah hari ini memulakan tugas secara rasmi di Putrajaya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Antara barisan pengurusan tertinggi terdiri daripada Ketua Setiausaha Datuk Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli.

Turut serta, ketua-ketua pengarah agensi dan ketua-ketua pegawai eksekutif majlis di mana sesi itu diadakan secara dalam talian.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  −    =  24