Beri pelekat RFID percuma bukan dijual RM35

 Beri pelekat RFID percuma bukan dijual RM35

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2022 – “Kos sticker (pelekat) RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?, Adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smart Tag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?,” soal Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib Razak

Beliau mempersoalkan sama ada syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smart Tag yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau sebaliknya

“Syarikat Touch ‘n Go dimiliki bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerika Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

“Pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go kerana kosnya rendah dan ia memang percuma dari tahun 2018 hingga Feb 2020,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
.
PLUS mengumumkan peralihan kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula Sabtu lalu, sepanjang tempoh berkenaan sehingga hari ini, masih ada pengguna yang menggunakan pelekat RFID berdepan kesulitan ketika melalui plaza tol.

Dalam satu lagi hantaran berasingan di Facebook, Najib berkata CIMB telah memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lepas akibat kenaikan nilai syarikat Touch N Go.

‘Jadi, sebab apa masih mahu jual sticker RFID yang kosnya kurang dari seringgit kenapa perlu jual pada harga RM35 sekeping? Jika tidak mahu beri percuma lagi, turunkanlah harganya ke RM5,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata fokus firma berkenaan sepatutnya pada perniagaan teras iaitu e-wallet atau e-dompet dan bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan pelekat tersebut.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

33  −  32  =