Beri bukti kukuh, saya bagi RM200,000 –

 Beri bukti kukuh, saya bagi RM200,000 –

PETALING JAYA : “Saya ingin mencabar kepada orang ramai dan warganet untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM200,000 dengan mengemukakan segala bukti yang kukuh seperti yang didakwa di media sosial.

“Mari beramai-ramai daripada terus menabur fitnah, lebih baik kemukakan bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup pada Rabu iaitu 8 Disember. Saya akan memberikan ganjaran duit secara tunai”.

Artis versatil, Ifa Raziah menawarkan wang ganjaran sejumlah RM200,000 kepada individu yang dapat mengemukakan bukti kukuh mengatakan dirinya memotong usus atau bariatrik untuk kurus.

Ifa atau pemilik nama penuh, Saripah Raziah Mustapha, mencabar netizen atau mana-mana pihak yang sering mendakwanya menggunakan jalan pintas untuk mempromosikan produk menguruskan badan yang diasaskan olehnya.

Artis versatil itu sudah beberapa kali meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang menuduhnya menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus untuk menjadi kurus.

“Saya kurus atas usaha sendiri, tiada hendak potong usus dan menyedut lemak walaupun saya mampu hendak membayar semula kos pembedahan itu. 

“Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan iaitu Solid Molid selama empat tahun. Ramai yang sakit hati , busuk hati dan perut kerana cuba untuk menjatuhkan perniagaan saya,” tulisnya di Facebook.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −    =  22