Berdebar lahirkan anak ketika pandemik COVID-19 melanda

 Berdebar lahirkan anak ketika pandemik COVID-19 melanda

Oleh Zuan Azmi 

Pelakon & usahawanita, Nad Zainal semalam telah terpilih memenangi “100 Most Influential Young Entreprenuers 2020″ bagi kategori Seni dan Budaya. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Penganjur, Datuk KK Chua dalam satu majlis ringkas di Kuala Lumpur.

Anugerah berkenaan diberikan kepadanya kerana pencapaian cemerlang sepanjang tahun tahun 2020 yang ditonjolkan dalam bidang seni dan juga perniagaan. Penyanyi dan pelakon Azira Syafinaz juga turut terpilih memenangi anugerah dalam kategori yang sama.

Nad Zainal kini tular dengan watak lakonannya sebagai Juweta menerusi drama Takdir Yang Tertulis yang telah memberi impak positif kepada penonton drama berkenaan yang telah berakhir tayangannya dua hari lepas.

Nad Zainal kini mengandung 7 bulan, dijangka melahirkan anak kedua awal bulan April tahun ini. Kata Nad, “Alhamdulillah tahun 2021 ini rezeki datang bergolek, dapat pula naskah (karya) yang bagus, tak boleh dinafikan sebagai rezeki anak sama sewaktu anak pertama dahulu, rezekinya juga mencurah-curah sehingga berlakon tanpa henti berlakon sehingga tujuh bulan”.

Nad berkata lagi: “Jangan risau kalau dah punyai anak tak boleh menyinar dalam karier, itu salah sama sekali.

“Cuma saya rasa berdebar untuk melahirkan anak kedua ketika pandemik COVID-19 yang melanda sekarang tetapi saya positifkan diri dan yakin dengan kepakaran petugas perubatan.”

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  −  55  =