Berbohong untuk popular, Syed Saddiq perlu minta maaf – Wan Saiful

 Berbohong untuk popular, Syed Saddiq perlu minta maaf – Wan Saiful

PETALING JAYA 26 JUN 2021. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Skypark Terminal. WMY/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul untuk memohon maaf atas tuduhannya berkenaan kerajaan ingin menjual tanah lapangan terbang Subang.

Katanya, beliau terkejut apabila menerima berita mengenai Syed Saddiq yang didakwa menuduh kerajaan ingin menjual lapangan terbang Subang sampai tahun 2092 kepada seorang ahli perniagaan melalui rundingan terus.

“Saya terkejut apabila menerima video tuduhan itu. Selain itu, Syed Saddiq juga secara spesifik menuduh kerajaan masih ingin menerima cadangan yang diketengahkan oleh taukeh WCT.

“Tidak pernah ada satu pengumuman pun yang dibuat yang mengatakan bahawa kerajaan yang ‘nak jual Subang Airport sampai tahun 2092’ seperti yang dituduh oleh Saddiq.

“Hari ini kerajaan telah umumkan dengan jelas bahawa kerajaan tiada rancangan untuk menjual hartanah lapangan terbang Subang,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, Lapangan Terbang Subang miliki Kerajaan Malaysia, seperti mana lapangan terbang lain dalam negara.

Wan Saiful berkata, Syed Saddiq perlu mengemukakan bukti jika perkara itu adalah benar.

“Saya tuntut Syed Saddiq mohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin kerana video tersebut telah mencemarkan nama baiknya serta kerajaan.

“Jika tiada bukti maka minta maaf dan jangan ulangi fitnah ini. Nak cari populariti boleh, tapi janganlah sampai menfitnah. Politik baru mesti bebas fitnah,” katanya.

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  2  =  3