Beraksi ala “Superman”, 7 remaja ditahan Polis Setiu

 Beraksi ala “Superman”, 7 remaja ditahan Polis Setiu

Enam motorsikal telah ditahan di bawah Sekyen 42 (1) APJ 1987

Oleh Mohammad Ishak

SETIU, 14 Mac – Tindakan tujuh remaja termasuk seorang perempuan melakukan aksi meniarap di atas motosikal yang ditunggangnya membawa padah apabila ditahan polis.

Remaja terbabit kecundang ketika melakukan aksi berkenaan di Jalan Penarik-Rhu 10, Setiu pada petang Jumaat lalu.

Deputi Superintendan Afandi Hussin

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu polis daerah itu sedang menjalankan Ops Samseng Jalanan di kawasan terbabit.

Seorang pegawai bersama bersama 11 anggota yang sedang membuat pemantauan di kawasan Jalan Penarik – Rhu 10, mengesan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang (ala Superman).

Beliau berkata, remaja terbabit juga turut melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di mana aksi tersebut amat merbahaya pada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Susulan itu, katanya, tujuh remaja terbabit telah ditahan untuk siasatan selanjutnya dan seorang yang ditahan adalah seorang perempuan yang membonceng motosikal.

Afendi berkata, enam motorsikal telah ditahan di bawah Sekyen 42 (1) APJ 1987.
Remaja yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Setiu untuk tindakan lanjut dan turut disiasat di bawah Sekyen 42 APJ 1987.

“Seorang remaja yang ditahan didapati positif ujian awal saringan air kencing.”katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

37  +    =  41