Bentuk muka bumi dan pokok tinggi ganggu capaian internet di Perlis – Annuar Musa

 Bentuk muka bumi dan pokok tinggi ganggu capaian internet di Perlis – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) jelaskan masalah capaian internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi dan pokok-pokok tinggi yang terdapat di kawasan berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu disahkan selepas KKMM melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan itu pada 21 Okt lepas.

Beli berkata KKMM akan memulakan kerja pengoptimuman menara berhampiran yang akan bermula pada Isnin dan dijangka siap pada 8 Nov, sebagai salah satu daripada langkah penyelesaian.

“Menara Kg Baharu telah selesai dinaik taraf bagi menambah baik kualiti 4G dan menara baharu di Sg Chuchuh juga telah mula beroperasi dengan memberi perkhidmatan dan manfaat yang lebih baik bagi penduduk di Sungai Chuchuh Unicity dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu ciapan di Twitter miliknya.

Sebelum ini media melaporkan kekecewaan ibu bapa berhubung masalah capaian internet khususnya kawasan luar bandar Perlis sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) anak-anak mereka sering terganggu.

 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +    =  11