Bendera Putih : ikhtiar atau membuka aib?

 Bendera Putih : ikhtiar atau membuka aib?

Oleh Nor Irmamusliana Mohd Mustajab

KESUSAHAN dialami rakyat ketika berdepan pandemik COVID-19 membuatkan warganet sepakat menggunakan media sosial membantu golongan memerlukan menerusi kempen mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan.

Tujuan utama kempen ini adalah untuk membantu golongan yang terkesan bagi mengurangi bebanan yang dialami. Ini kerana setiap hari pasti ada sahaja tersebar berita mengenai kes bunuh diri akibat tekanan hidup di dada-dada akhbar dan media sosial.

Oleh itu, seluruh warganet bersatu hati dengan mengulang siar ciapan kempen di sosial media yang berbunyi;

“Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih, kibarkannya di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera. Semoga ada yang datang membantu”.

Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah diselar oleh Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau mendakwa bahawa rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih; sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

Pesuruhjaya PAS Pahang yang dipetik dari Harakahdaily turut tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan bendera putih kerana bagi beliau tindakan ini boleh membuatkan orang lain cuba mengambil kesempatan disamping setiap ummah wajib memelihara maruah diri serta menutup keaiban.

Bukan tanda kekalahan tapi satu ikhtiar

Fedtri Yahya

Pengacara popular, Fedtri Yahya tampil memberi pencerahan terhadap kenyataan Nik Mohamad Abduh berhubung isu kempen bendera putih ini.

Menurut Fedtri, kempen itu adalah bertujuan untuk memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengenal pasti rumah yang memerlukan bantuan tanpa perlu meminta secara terang-terangan.

“Maaf YB. Angkat bendera putih tu satu ikhtiar. Kadang-kadang orang tak dapat kesan. Bila ada ‘signal’ macam ini, mudah kerja-kerja NGO dan jiran tetangga. Sebab nak meminta, bukan semua orang ada kekuatan. Usaha, doa, tawakal,” kata beliau.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

46  −  43  =