Bencana Kepala Air berlaku lagi di Kedah, 16 terperangkap

 Bencana Kepala Air berlaku lagi di Kedah, 16 terperangkap

Kedah sekali lagi dilanda kejadian kepala air, kali ini melibatkan 16 orang terperangkap. Foto – Awani

KUBANG PASU, 9 Nov — Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di pusat peranginan di Bukit Wang.

Menurut laporan Astro Awani, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6 petang terdapat individu terperangkap dalam kejadian kepala air.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikejarkan ke lokasi.

“Setakat ini kita dimaklumkan mangsa terperangkap di atas kawasan air terjun di Bukit Wang dan anggota dari Unit Must Team dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berada di lokasi untuk penyelamatan.

“Pada masa sama, kita turut menerima panggilan yang terdapat 16 mangsa terperangkap akibat banjir di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Kejadian turut menyebabkan banjir yang membabitkan tiga buah rumah berdekatan kawasan itu dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter.

Tindakan pantas anggota Bomba berjaya mengeluarkan seramai lapan orang mangsa dari tiga buah keluarga ke lokasi selamat.

“Kita juga mengarahkan anggota bagi melakukan penilaian lengkap risiko di tempat kejadian serta memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal,” katanya.

Mangsa yang diselamatkan dipindahkan ke rumah saudara yang berhampiran

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  4  =