Belum reda kontroversi majlis pernikahan, Neelofa dan PU Riz hadapi dakwaan rentas negeri pula

 Belum reda kontroversi majlis pernikahan, Neelofa dan PU Riz hadapi dakwaan rentas negeri pula

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR : Umum mengetahui pernikahan pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz telah berlangsung pada hari Sabtu yang lalu di sebuah hotel di ibu kota.

Belum reda isu majlis pernikahan tersebut yang didakwa melanggar SOP, kini tular pula gambar yang memaparkan satu pasangan yang berpakaian dan kelihatan seperti Neelofa dan PU Riz selamat tiba di Pulau Langkawi dan lantas terus timbul dakwaan bahawa pasangan ini berbulan madu di Pulau Langkawi.

Muatnaik itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang didakwa ditugaskan untuk membawa pasangan tersebut bercuti di pulau lagenda berkenaan.

Netizen mula mempersoal tindakan pasangan tersebut yang didakwa sebagai golongan bangsawan yang seolah-olah kebal dari mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Namun sejauh mana kesahihan gambar dan dakwaan tersebut masih belum dapat dipastikan kerana pasangan pengantin baru ini belum memberikan sebarang kenyataan samada mengesahkan atau nafikannya.

Pihak pengurusan Neelofa juga masih berdiam diri dan tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak mereka.

Terdahulu tular satu gambar di majlis pernikahan pasangan berkenaan yang didakwa telah melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan dengan itu, pembantu peribadi Neelofa dan pasangan pengurus majlis berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis di IPD Dang Wangi hari ini. Pihak polis juga memanggil beberapa orang saksi termasuk pekerja dari hotel berkenaan untuk memberikan keterangan.

Sebelum ini, 10 Mac yang lalu MKN telah mengumumkan hanya penduduk yang tinggal di negeri yang di bawah PKPP dibenarkan melancong namun perlu menggunakan khidmat syarikat agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Namun umum mengetahui bahawa pasangan selebriti ini tinggal di Kuala Lumpur yang kini masih di bawah PKPB.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  87  =  94