Belum Lagi Reda, Kini Muncul Satu Lagi Iklan Raya Promosi Judi Kedua

 Belum Lagi Reda, Kini Muncul Satu Lagi Iklan Raya Promosi Judi Kedua

Belum lagi reda dengan kontroversi kewujudan video muzik (MV) raya yang mempromosikan kegiatan judi, kini muncul lagi satu lagu raya dengan modus operandi yang sama tetapi pelakon yang berlainan.

Video kedua ini telah dikesan dan mula tular pada pagi Sabtu. Berdasarkan klip video yang menggunakan tagline Hari Raya Berkaya dan berdurasi 18 saat itu, ternyata pihak pengeluar mahu mempromosikan laman web berunsurkan judi dengan menjadikan tema sambutan hari raya sebagai fokus utama.

Jika klip video sebelum ini memaparkan jalan cerita seorang pemuda tiada duit untuk pulang beraya, video kedua ini pula lebih kurang sama cuma apabila melibatkan pasangan suami isteri yang tiada duit ditambah pula motosikal mereka dicuri.

Walau bagaimanapun, kini pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai dalang sebenar pembikinan dua video Hari Raya Aidilfitri, yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian.

gambar suspek yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe
Gambar suspek yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe

Lelaki yang kini dicari polis itu dikenali sebagai Loh Kee Hoe, 35, dan beralamat di Kuala Lumpur dan dia dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Selain itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dan wanita yang merupakan dua pelakon video kedua yang tular itu, untuk membantu siasatan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  −    =  30