Belia negara akan terus dokong Keluarga Malaysia – Ahmad Faizal

 Belia negara akan terus dokong Keluarga Malaysia – Ahmad Faizal

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Belia negara akan terus mendokong Keluarga Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa mengira eknik, kaum, agama dan warna kulit.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, perjuangan membina bumi bertuah ini oleh para pejuang terdahulu akan diteruskan oleh generasi baharu melalui pelbagai kejayaan.

“Perjuangan membina bumi bertuah ini akan direalisasikan oleh belia yang bersemangat tinggi,” tulisnya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Jelasnya lagi, atlet berjuang mengharumkan nama negara dengan keringat dan air mata demi Keluarga Malaysia.

Sementara itu, beliau mewakili seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucap Selamat Hari Malaysia.

“Saya dan seluruh warga KBS mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga Sabah. Kami bangga menjadi anak Malaysia,” katanya.

Anizan Hapani

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *