• Sunday, 20 June 2021, 3:28 pm

Belia Johor sahut titah TMJ

 Belia Johor sahut titah TMJ

JOHOR BHARU : Belia negeri Johor siap siaga sahut titah baginda Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mentitahkan sukarelawan Southern Volunteers digerakan membantu program vaksinasi di negeri Johor.

Ketua Pemuda Negara negeri Johor, Muhammad Saiful Bahari Sahari memberitahu Wacana.my, titah Baginda adalah satu cadangan yang baik dan harus di ambil reaksi segera.

“Saya telah berbincang dengan rakan-rakan ngo lain untuk menggerakkan sekali saranan Tuanku bagi kita melakukan yang terbaik dalam memastikan proses vaksinasi dijalankan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu gerakkan tersebut akan mengalakkan anak-anak muda dan belia negeri Johor ambil bahagian dalam mengerakkan program vaksinasi tersebut.

” Ini kerana vaksinasi adalah antara cara kita menang dalam perangi Covid-19,” katanya.

Muhammad Saiful Bahari juga berkata beliau yakin apabila lebih ramai sukarelawan dikerahkan, ia boleh mempercepatkan dan membantu pergerakan proses vaksinasi oleh barisan hadapan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *