Bekas tunang faham ‘kegilaan’, Remy Ishak kembali bersama?

 Bekas tunang faham ‘kegilaan’, Remy Ishak kembali bersama?

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Lahir dalam keluarga yang bercerai sejak kecil, pelakon, Remy Ishak mengakui enggan kisah lampau itu berulang kembali dan tidak ralat ‘berkawan’ lama bagi mencari keserasian.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 39, menjelaskan bukan mudah untuk mencari seseorang yang memahami diri dan kegilaan diri, apatah lagi setiap pelakon mempunyai karakter tersendiri.

“Saya sendiri datang daripada keluarga yang bercerai sejak kecil, saya trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu kisah itu berulang kembali. Jadi saya tidak ralat berkawan untuk tempoh yang lama.

“Kalau boleh biarlah perkahwinan yang dibina itu berkekalan sehingga ke akhir nyawa. Biasalah, dalam proses memilih calon isteri itu, memang ada putus, ada sambung. Mana yang boleh faham kegilaan dan kerjaya kita, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Remy kepada Wacana.my

Terbaru, Remy membuka mulut menjelaskan tidak menolak kemungkinan menjalinkan kembali hubungan yang terputus di tengah jalan bersama bekas tunangnya, Ezza Yusof.

Malah, Remy turut menghargai pengorbanan dan kesetiaan Ezza yang sentiasa memahami dirinya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Ezza pada Mei 2017.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi lebih matang, apatah lagi saya bakal menginjak ke angkat 40 tahun tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan dan sebagainya bagi menghormati pihak sana agar tidak tersinggung.

“Semestinya saya mahu pengakhiran yang baik buat kami berdua. Saya memohon doa orang ramai juga, dan jika ada berita gembira pasti akan dikongsikan kepada semua,” kata Remy.

Masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas tunang, Remy sebelum ini tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.

Hubungan pasangan itu mula menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia mengakui dirinya kembali solo dalam video live di Instagram miliknya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  64  =  66