Bekas Presiden Afrika Selatan meninggal dunia

 Bekas Presiden Afrika Selatan meninggal dunia

Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun pada pagi Khamis.

Mendiang penting politik itu merupakan pejuang penyakit kanser berkaitan paru-paru pada Jun tahun ini. 

Beliau yang menjawat jawatan berkenaan bermula September 1989 sehingga Mei 1994 merupakan presiden kulit putih terakhir negara itu. 

Beliau dikenang sebagai individu penting dalam peralihan negara itu ke sistem demokrasi.

Memetik laporan BBC News, FW de Klerk mengumumkan pembebasan pemimpin antiaparteid, Nelson Mandela pada tahun 1990 yang seterusnya membawa kepada pilihan raya pada tahun 1994.

Ketika era pemerintahannya, beliau pernah mengambil alih kepimpinan PW Botha sebagai ketua Parti Nasional pada Februari 1989 dan pada tahun berikutnya menghapuskan larangan parti terhadap Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pimpinan Nelson Mandela.

Kepimpinannya turut membawa Afrika Selatan keluar daripada dasar aparteid.

Selain itu, beliau bersama Nelson Mandela juga pernah menerima Hadiah Nobel pada 1993.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *