Bekalan elektrik pusat perjudian di potong

 Bekalan elektrik pusat perjudian di potong

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan pemotongan bekalan tenaga eletrik ke atas dua premis perjudian di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan pemotongan bekalan tenaga eletrik ke atas dua premis perjudian di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Tindakan itu susulan serbuan oleh bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur pada 18 Okt lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar Yusoff berkata pemotongan bekalan tenaga eletrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289].

“Mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan tenaga eletrik, bekalan eletrik tidak boleh disambungkan kepada premis itu oleh pihak pembekal atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Polis Daerah Cheras,” katanya.

Dalam serbuan pada 18 Okt lalu, Polis menahan lapan orang terdiri daripada dua warganegara yang merupakan penjaga premis perjudian tersebut berusia di antara 26 dan 29 tahun, empat orang bukan warganegara pekerja premis yang berusia di antara 23 hingga 42 tahun dan dua orang warganegara yang merupakan pelanggan premis berusia di antara 38 hingga 58 tahun kerana bermain judi secara atas talian dengan menggunakan komputer riba.

Saiful Annuar turut mengingatkan orang ramai, pihak Polis Kuala Lumpur agar tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang.

“Pihak Polis Kuala Lumpur juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang yang melanggar undang-undang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menyalurkannya kepada pihak Polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  24  =  32