Bebas Berniaga sehingga Jun

 Bebas Berniaga sehingga Jun

KUALA LUMPUR, 2 Jan 2022- Berita baik untuk penjaja di Wilayah Persekutuan kerana program Bebas Berniaga di lanjutkan hingga akhir Jun tahun ini.


Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Disember tahun lalu, dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan itu bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

Beliau berkata, program ini membantu pemulihan sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) serta mengurangkan beban kos operasi penjaja di Wilayah Persekutuan.

“Pada tahun ini juga, kementerian menyasarkan sebanyak 1,000 buah kios di bawah program Usahawan Anak Muda Kota dapat beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Setakat ini terdapat 434 kios di dua Wilayah Persekutuan, ” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *