Bayi Afghanistan diberi nama ‘Reach’, lahir dalam pesawat tentera AS

 Bayi Afghanistan diberi nama ‘Reach’, lahir dalam pesawat tentera AS

WASHINGTON, 26 Ogos — Seorang bayi perempuan Afghanistan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat C-17, diberi nama ‘Reach’ sempena nama pesawat dinaiki ibu dan bapa bayi itu.

“Kita telah berbual dengan ibu dan ayah bayi itu, mereka menamakannya ‘Reach’ sempena nama pesawat C-17 yang menerbangkan mereka dari Qatar ke Ramstein,” kata Komander U.S European Command Jeneral Tod Wolters pada Rabu.

Ibu bapa Reach dalam penerbangan dari pangkalan di Qatar selepas meninggalkan Afghanistan.

US Air Mobility Command (AMC) dalam satu kenyataan memaklumkan bayi itu dilahirkan pada Sabtu.

Reach dan ibunya dibawa ke hospital tempatan di Jerman dan dilaporkan berada dalam keadaan baik, menurut AMC.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  2