Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 dan 3 bakal diterima kelak

 Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 dan 3 bakal diterima kelak

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

PETALING JAYA: Kerjaaan telah mewujudkan satu bantuan inisiatif untuk meringankan beban rakyat diwaktu endermik ini, ia adalah bertujuan membantu golongan miskin serta B40 yang terjejas pada waktu ini.

Bantuan inisiatif yang dimaksudkan adalah, Bantuan Khas COVID-19 (BKC), ia meliputi hampir tujuh ratus ribu penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas kategori miskin.

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran fasa 2 akan mulai diterima pada 25 November lalu.

Manakala untuk bayaran bagi fasa 3 pula, akan diterima pada bulan Disember ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 Billion untuk 3.8 juta penerima isi rumah bagi kategori miskin dan B40.

“Sukacita saya umumkan, bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 akan dibuat bermula 25 November 2021.

“Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BKC,” tulis Perdana Menteri di halaman Facebooknya.

Segala semakan status kelulusan serta kriteria dan jumlah bantuan, boleh dibuat menerusi portal rasmi bkc.hasil.gov.my.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

39  −  32  =